January 31st, 2010
KUALA LUMPUR : Bagi setiap perayaan masyarakat majmuk di Malaysia, Rumah PENGASIH tidak ketinggalan menyambut dan meraikannya. Begitu juga dengan sambutan Thaipusam, baru-baru ini, penghuni dan kakitangan Rumah Pengasih turut meraikannya secara sederhana.
Sambutan itu dibuat bagi memberi ruang dan kesempatan kepada penganut agama Hindu yang tinggal di Rumah Pengasih untuk menjalani upacara keagamaan mereka itu yang disambut setahun sekali. Penghuni dari agama lain yang tinggal di Rumah PENGASIH hadir bersama bagi meraikan sambutan itu.
Sambutan itu bermula dengan upacara berdoa dan memecah kelapa oleh Cik Sangeetha Muthu. Beliau sempat memecahkan tujuh biji kelapa dan memasang ...selanjutnya.
January 27th, 2010
Oleh R.K.SHYAMALA
mstar.com.my
PERJALANAN hidup penagih-penagih dadah memang penuh dengan kecelaruan akibat kebergantungan pada najis itu, malah banyak yang melarat dan merempat akhirnya.
Tetapi bukan semua penagih yang membuat keputusan untuk melalui kehidupan begitu buat selama-lamanya.
Ada segelintir daripada mereka berjaya kembali ke pangkal jalan dengan keluar dari pengaruh dadah, mengubah cara hidup mereka setelah timbul keinsafan.
Antara mereka adalah Sohaimi Ahmad yang kini bergelar Pengurus Program Rumah Pengasih yang terletak di Kuala Lumpur.
Sekilas pandang, tiada siapa yang dapat mengagak ...selanjutnya.
January 25th, 2010
BERNAMA
SHAH ALAM : Seorang tukang gunting warga Hong Kong dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah ketamin seberat 1,067 gram, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Tsui Chi Wa Joey, 46, dikira selesai menjalani hukuman penjara itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 Februari 2005.
Tsui mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki dadah berbahaya itu di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 7.50 malam, 18 Februari 2005.
Dia did ...selanjutnya.
January 24th, 2010
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR : Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.
Malah, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga pengedar dadah utama di kawasan terbabit dianggap berbahaya kerana gemar membaling batu bata dari atas kondominium rakyat ke arah anggota polis semata-mata untuk menggagalkan operasi narkotik.
Namun, dia berjaya ditumpaskan semalam selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields melakukan operasi sebaik men ...selanjutnya.
January 21st, 2010
BERNAMA
Lambakan pil dan serbuk khayal murah, bahan bacaan berunsur seks dan lucah serta pil perangsang seks masih didapati dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara, menurut Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA).
Presiden MCPA Ravi Ponnan berkata berdasarkan pemantauan NGO itu, cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun
terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual.
“Kesemua barangan ini dan juga alat renjatan elektrik dan pistol mainan berkualiti tinggi juga boleh didapati dengan mudah dan murah di pasar-pasar awam dan kedai runcit,” katanya dalam satu sidan ...selanjutnya.